eksport perikanan
MalaysiaAug 4, 2026 | 1:58 PM

Eksport hasil perikanan melalui CIQ Linkedua cecah RM706j pada 2025

JOHOR BAHRU: Nilai eksport hasil perikanan negara melalui Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Tanjung Kupang meningkat kepada RM706 juta ($220 juta) pada 2025 berbanding RM683 juta pada 2024, sekali gus mengukuhkan kedudukan Johor sebagai pintu keluar perdagangan perikanan yang strategik.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Encik Md Israk Abdullah, berkata peningkatan itu membuktikan...

bola sepak, Vietnam, Piala Asean, Indonesia
SukanAug 4, 2026 | 2:40 PM

Kedudukan Vietnam dalam Piala Asean semakin kukuh selepas benam Indonesia 3-0 

BOGOR (Indonesia): Juara bertahan, Vietnam, menundukkan tuan rumah Indonesia 3-0 pada 3 Ogos untuk menerajui Kumpulan A Piala Asean Hyundai sekali gus mencerahkan peluang mereka untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Jaringan Nguyen Van Vi dan Nguyen Hai Long memberi kelebihan dua gol awal kepada juara bertahan itu dalam tempoh 15 minit pertama di Stadium Pakansari, Bogor.

kerjaan perpaduan
MalaysiaAug 4, 2026 | 2:34 PM

BN tegas pastikan Kerajaan Perpaduan stabil sehingga tamat penggal

PUTRAJAYA: Meskipun meraih momentum positif dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu di Johor dan Negeri Sembilan, Barisan Nasional (BN) menegaskan komitmen untuk memastikan Kerajaan Persekutuan terus kekal stabil sehingga tamat penggal pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, selaras dengan persefahaman politik yang sudah dipersetujui.

Cik Faizah Ahmad Barazy merupakan wanita pertama yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
MasyarakatAug 4, 2026 | 2:33 PM

MUIS lantik Timbalan Ketua Eksekutif wanita pertama

Buat julung-julung kalinya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), melantik dua wanita berpengalaman bagi jawatan Timbalan Ketua Eksekutif (DCE) MUIS, dan juga Penolong Ketua Eksekutif (ACE) MUIS – satu jawatan baru.

Cik Faizah Ahmad Barazy telah dilantik sebagai DCE berkuat kuasa 1 Ogos, sekali gus menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan tersebut.

Empat sekeluarga maut, kenderaan dihempap pokok tumbang, Pahang
MalaysiaAug 4, 2026 | 2:16 PM

Empat sekeluarga maut kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Pahang

BENTONG (Pahang): Ketua Pemuda Umno Bahagian Maran, Mohd Radzi Rahimi, dan tiga ahli keluarganya disahkan maut dalam kejadian kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Janda Baik-Bentong, Pahang, pada 3 Ogos.

Tiga lagi yang maut adalah isterinya, Nuriani Mohammad Jafri, 36 tahun; seorang daripada anak kembar mereka yang berusia lima tahun, Muhammad Rizz Hazim; dan adik iparnya, Mohammad Nizam Mohammad...

M’sia, pelbagaikan sumber gas, keterjaminan tenaga
MalaysiaAug 4, 2026 | 2:10 PM

M’sia pelbagaikan sumber gas bagi perkukuh keterjaminan tenaga

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia mengutamakan keterjaminan tenaga negara dengan mempelbagaikan akses kepada sumber gas berskala besar, yang berpotensi memperluaskan pilihan bekalan dan meningkatkan daya tahan keselamatan tenaga.

Menurut Kementerian Ekonomi, susulan keadaan pasaran tenaga sejagat yang tidak menentu akibat ketegangan geopolitik, tumpuan terus diberikan untuk mempelbagaikan sumber bekalan dengan mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara atau satu pasaran sahaja.

Bila anak diumpan radikalisasi: Ibu bapa benteng pertama, perlu kenal 'dunia' anak
Play Video

Kali pertama cuba boling padang
Play Video

Singa kekalkan rentak kemenangan, tewas Timor-leste 2-0
Play Video

Sekolah perlu kekal terbuka dan selesa, cari keseimbangan antara keselamatan dan kebebasan
Play Video

Pelajar 14 tahun ditahan ISD, rancang tikam guru, rakan di sekolah
Play Video