Masyarakat Melayu/Islam telah maju seiring dengan perkembangan negara dan terus menyumbang kepada masa depan Singapura.
Ini tidak mampu dicapai tanpa kepercayaan, perpaduan, serta kerjasama masyarakat daripada pelbagai latar belakang demi mencapai tujuan bersama, demikian menurut Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.





