Parti Pekerja (WP) telah membentangkan usul pada 5 Ogos di Parlimen, yang menetapkan visi parti tersebut untuk ekonomi Singapura dan bertindak balas terhadap rancangan ekonomi pemerintah.
Usul tersebut, yang bertajuk, ‘Ekonomi Masa Depan Yang Memanfaatkan Semua’, telah difailkan oleh Encik Kenneth Tiong (GRC Aljunied), dan disokong oleh Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang).





