Berita Harian (BH) telah membuat laporan polis berkenaan video deepfake – teknologi pemalsuan mendalam – yang memaparkan podcast BH yang kononnya mempromosikan skim penipuan ‘wang ajaib’.
Video berkenaan dipercayai dihasilkan dengan memanipulasi rakaman daripada podcast NoTapis BH sehingga kelihatan seperti terbitan rasmi BH.





