Keluarga di Singapura bakal menerima sokongan lebih tinggi dalam menempuh cabaran akan datang menerusi semakan menyeluruh yang bakal dilaksanakan pemerintah.
Mengumumkan demikian, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata kehidupan berkeluarga di seluruh dunia menghadapi tekanan yang kian meningkat dengan jangkaan yang semakin tinggi terhadap ibu bapa.





