Salam sejahtera, adik-adik
Salam sejahtera, adik-adik
Masyarakat Islam tempatan dinasihatkan agar menyaring kandungan dakwah di media sosial khususnya daripada pempengaruh yang menyebarkan kandungan agama tanpa pentauliahan rasmi.
Asatizah yang dihubungi Berita Harian (BH) menasihatkan anggota masyarakat supaya merujuk kepada golongan bertauliah, khususnya yang diiktiraf di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), jika ada sebarang kemusykilan agama.
Jika pasukan Singa mahu melakukan kebangkitan di Bangkok dan menempah tempat ke final Piala Asean Hyundai 2026, mereka perlu menyelesaikan dua masalah yang saling berkait – menutup ruang di bahagian pertahanan sambil mencipta lebih banyak peluang di bahagian serangan.
Itulah keseimbangan yang ditekankan ketua jurulatih Gavin Lee menjelang aksi separuh akhir kedua menentang Thailand di Stadium Rajamangala pada 18 Ogos,...
Mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Tang See Chim, yang telah lama berkhidmat bagi kawasan undi Chua Chu Kang dan memperjuangkan nasib golongan penternak yang berdepan isu penempatan semula pada zaman awal pembangunan Singapura, telah meninggal dunia pada 15 Ogos pada usia 94 tahun.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dalam satu hantaran di media sosial, berkata Singapura telah kehilangan salah seorang...
Seorang pempengaruh agama berusia 37 tahun yang menjadi figura bapa kepada dua kanak-kanak lelaki daripada keluarga berpecah-belah telah berulang kali merogol si adik, yang ketika itu berusia antara enam dengan lapan tahun, selain mencabul abangnya yang berusia antara 11 dengan 12 tahun.
Pesalah dikenakan hukuman penjara selama 27 tahun 10 bulan dan 24 sebatan pada 17 Ogos.
Seorang wanita warga Singapura didenda $11,400 mahkamah pada 5 Ogos kerana mengelak daripada membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas barang kemas yang dibelinya di Malaysia, tanpa membuat sebarang pengisytiharan.
Nabilah Jaafar Al-Kathiri, 32 tahun, menetap di Malaysia pada masa itu dan menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual barang kemas emas dan titanium kepada pelanggan di Singapura.





