Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) kini mengalu-alukan orang ramai, termasuk pemilik perniagaan, pencinta warisan serta peminat seni, untuk mengemukakan cadangan dan idea kreatif bagi menyuntik nafas baharu dan menyemarakkan lagi kawasan bersejarah Kampong Gelam.
Langkah itu diambil bagi memastikan kawasan yang menjadi nadi warisan serta identiti budaya masyarakat Melayu di Singapura itu kekal mekar, relevan dan berdaya saing...





