Kempen dana amal Sinaran Hati 2026 Tabung Amal Aidilfitri (TAA) menyasarkan kutipan sebanyak $350,000 bagi membantu lebih 3,500 keluarga berpendapatan rendah di Singapura.
Usaha itu akan dilancarkan pada 22 Ogos sempena Celebfest 2026 di Dewan 403 dan 404 Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec pada 21 hingga 23 Ogos, menurut Pengurus Besar TAA, Cik Huda Aljunied.





