MOGADISHU: Lanun Somalia merampas sebuah kapal tangki minyak yang disyaki menjadi sebahagian daripada “armada bayangan” Iran di luar pantai Yaman pada 20 Ogos, dalam kejadian terkini yang mencerminkan peningkatan ancaman lanun di rantau itu pada tahap tertinggi dalam lebih sedekad.
Kapal tangki SIBU 1 yang menggunakan bendera Eritrea dipercayai menjadi sebahagian daripada rangkaian kapal yang digunakan Iran untuk mengeksport minyak...





