JOHOR BAHRU: Bermula dengan hanya 200 biji tempahan awal secara kecil-kecilan di rumah sedekad lalu, perniagaan Habsah Koci Leleh kini merekodkan pencapaian luar biasa apabila menerima permintaan sehingga 8,000 biji kuih sehari.
Pengurusnya, Encik Mohamad Zulhakiim Abu Mansor, 33 tahun, berkata kejayaan itu dicapai hasil titik peluh mereka sekeluarga khususnya dalam mengekalkan keaslian resipi, berbekalkan modal permulaan sekitar RM1,000 ($314.20).





