Belum reda diuji dengan masalah kesihatan anak keduanya, pelakon Malaysia, Amyza Aznan, kini berdepan pula ujian susulan apabila suaminya jatuh sakit.
Suami Amyza, Encik Khairil Izhar Mohd Nazir, 51 tahun, kini masih dalam keadaan kritikal tetapi stabil selepas terpaksa ditidurkan akibat masalah paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.





