PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Siber Malaysia mencadangkan kerajaan untuk memanfaatkan penggunaan MyDigital ID berbanding MyKad (kad pengenalan) atau pasport bagi pengesahan usia untuk pendaftaran dan pemilikan akaun media sosial.
Presidennya, Encik Mohamad Sirajuddin Jalil, berkata terdapat perbezaan bagi pengesahan usia dan pengesahan identiti, sekali gus penggunaan MyDigital ID dilihat langkah terbaik bagi tujuan itu.





