Sekitar 7,000 kucing mendapat lesen dari 31 Ogos hingga 3 pagi pada 1 September, apabila pemilik bertindak pada saat akhir untuk mendaftarkan haiwan peliharaan mereka secara percuma di bawah Rangka Kerja Pengurusan Kucing.
Ini meskipun Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Encik Alvin Tan, telah menggesa pemilik yang belum mendaftar supaya berbuat demikian dengan segera, dalam hantarannya di Facebook...





