SEDANG dunia kita semakin terpolarisasi dan tidak bersatu, amalan diplomasi ketamadunan (civilizational diplomacy) melalui prisma dialog antara budaya telah meningkat dengan cepat sebagai fenomena global.
Ia berfungsi sebagai penawar untuk memelihara atau memajukan keharmonian global, keamanan dan keselamatan antarabangsa, kestabilan sistem, inovasi teknologi dan kemajuan masyarakat.
Oleh kerana masyarakat manusia telah menjadi lebih kompleks dalam era digital, kontur beralun tamadun...




