BUAT julung-julung kalinya selepas pandemik Covid-19, seramai 1,000 penduduk Marine Parade, MacPherson dan Mountbatten daripada berbilang bangsa dan agama berkumpul untuk menyertai acara berbuka puasa beramai-ramai pada Ahad.
Dianjurkan Marine Parade GRC, pertubuhan akar umbi MacPherson dan Mountbatten dengan kerjasama Persatuan Perkhidmatan Sosial India Muslim (IMSSA), acara yang diberi nama 'Breaking Fast in Harmony' atau 'Berbuka Puasa dalam Harmoni' itu...





