Madrasah Al-Ma’arif Al-Islamiah akan terus berkembang dalam tiga bidang – kapasiti pengajaran, kurikulum berteraskan celik digital, dan pemupukan persekitaran pembelajaran yang bermakna – sebagai persiapan untuk mengharungi dekad seterusnya apabila ia menyambut ulang tahun ke-100 pada 2036.
Bercakap kepada Berita Harian (BH) menjelang majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-90 madrasah itu pada 19 September, mudirah Cik Maisarah Kasim, 54...





