BEKERJA dalam industri seni memang tidak semudah mana. Inilah yang dirasakan pelakon Indonesia, Reza Rahadian, yang pernah berasakan jatuh bangun ketika memulakan kerjaya dalam bidang perfileman.
Meskipun begitu, Reza, 36 tahun, tetap memiliki rasa kecintaan terhadap pekerjaannya sebagai seorang pelakon, nyala rasa yang membuatnya kekal bertahan dalam bidang seni tanpa menjadikan isu bayaran sebagai ukuran dalam memilih projek.






