BEKAS bangunan Sekolah Menengah Northview telah dikenal pasti sebagai lokasi bagi dewan solat sementara untuk jemaah Masjid Darul Makmur, sedang masjid di Yishun itu ditutup bagi kerja-kerja naik taraf. Memberi maklumat tersebut, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata beliau dan rakan-rakan Anggota Parlimen GRC Nee Soon, termasuk Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal...






