JOHOR BARU: Banjir di Johor kian memburuk, dengan tiga kematian sejauh ini dan bilangan penduduk yang terpaksa dipindahkan terus meningkat kepada lebih 33,000 orang di 217 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.
Jawatankuasa pengurusan bencana negeri berkata hingga 8 pagi Jumaat, bilangan mangsa banjir terus meningkat, dengan Segamat terjejas paling teruk dengan 12,816 mangsa. Ini diikuti Kluang (5,174 mangsa),...






