Enam wanita berdepan dengan 17 tuduhan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam pada 9 September berhubung beberapa bantahan berkaitan isu Gaza.
Berusia antara 22 dengan 36 tahun, mereka didakwa atas kesalahan dikaitkan dengan beberapa insiden termasuk perarakan berhampiran Istana, berjalan kaki dari kawasan MRT Novena ke Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dan acara terbang layang-layang secara beramai-ramai di...





