MESKIPUN Timur Tengah terletak jauh dari negara ini, kesan perubahan geopolitik di rantau itu juga boleh dirasakan di Singapura.
Oleh itu, penyelidik ehwal Timur Tengah, Encik Bouchaib Silm, berharap penulisannya yang disumbang kepada halaman luar negara Berita Harian boleh memberi analisis tentang perkembangan di Timur Tengah dalam pelbagai bidang yang menjejas warga Singapura sama ada secara langsung atau tidak.






