SESI bergambar dan beramah-tamah pasangan selebriti Malaysia, Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo terhenti sekitar 9 malam tadi (Ahad, 12 Mac), apabila Kamal tiba-tiba diserang dengan 'cota' (sejenis pisau panjang).
Beberapa pengunjung yang menyaksikan kejadian itu terkejut ekoran melihat Kamal yang berlumuran darah.





