BAGI mengukuhkan semangat membantu penduduk Islam yang memerlukan dalam Ramadan ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai persatuan dan badan setempat.
Antara yang tulus menghulurkan bantuan adalah Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq). Selain memastikan masyarakat Islam di sini celik Al-Quran dengan menganjurkan program pembelajaran dakwah secara percuma, badan ini turut memberikan habuan dalam bentuk wang tunai serta barangan asas yang lain...





