Bekas menteri agama M’sia, didakwa, kes Tabung Haji, kes rasuah
MalaysiaSep 14, 2026 | 3:23 PM

Bekas menteri agama M’sia didakwa kes Tabung Haji

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta ($267.70 juta) antara 2015 dengan 2017.

Datuk Jamil Khir, 65 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan di hadapan...

Syarikat induk True Group, Kontafarma, dalam laporan tahunannya melaporkan bahawa setakat akhir 2025, ia mempunyai seramai 257 kakitangan bagi perniagaan kecergasannya di Singapura.
SingapuraSep 14, 2026 | 4:24 PM

Kesatuan pekerja gesa bekas pekerja True Group tampil mohon bantuan susulan pembubaran syarikat

Kesatuan Pekerja Buruh dan Perdagangan Singapura (SMMWU) – sebuah kesatuan di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) – serta beberapa badan bukan pemerintah lain menggesa bekas pekerja firma True Group untuk tampil memohon bantuan yang diperlukan.

Meskipun True Fitness dan True Yoga tidak mempunyai kesatuan pekerja, terdapat sebilangan kakitangan syarikat berkenaan yang merupakan anggota SMMWU, jelas satu kenyataan pada 14...

Daripada sekadar mencuba pistol laser di reruai sukan dua tahun lalu, Tahir Ahmed Ansari, 34 tahun, kini bakal mewakili Singapura dalam acara pentatlon moden di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Walau baru mempelajari pelbagai disiplin sukan ini pada usia matang, beliau membuktikan bahawa umur bukan penghalang untuk mengejar impian.
SukanSep 14, 2026 | 4:14 PM

Tahir Ansari galas harapan tunggal S’pura dalam Pentatlon Moden di Sukan Asia

Satu persinggahan secara kebetulan di satu reruai ketika menyertai perlumbaan Spartan pada 2024 akhirnya membuka laluan bagi Tahir Ahmed Ansari untuk bertanding di Sukan Asia.

Ketika itu, beliau sekadar ingin mencuba tembak pistol laser kerana timbul rasa ingin tahu di reruai Modern Pentathlon Singapore di luar Stadium Negara.

Anggota keluarga penumpang feri Virgo Transport 8 menangis ketika menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat di Pelabuhan Trisakti, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, pada 13 September. Lebih 600 anggota penyelamat dikerahkan mencari 129 orang yang masih hilang selepas feri yang membawa 243 orang itu karam di Laut Jawa ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Banjarmasin
DuniaSep 14, 2026 | 3:18 PM

Lebih 600 penyelamat cari 129 mangsa feri karam di Laut Jawa

JAKARTA: Lebih 600 anggota penyelamat Indonesia dikerahkan untuk mencari 129 orang yang masih hilang selepas feri penumpang Virgo Transport 8 karam di Laut Jawa pada hujung minggu, sedang angka korban kekal enam orang setakat pagi 14 September.

Feri yang membawa 243 orang itu dilaporkan hilang hubungan selepas berdepan cuaca buruk awal 13 September ketika dalam perjalanan dari Surabaya, Jawa Timur,...

Mantan MKT Umno, Zahid, PRU,  mahu jadi PM
MalaysiaSep 14, 2026 | 3:16 PM

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno dakwa Zahid mahu cepat jadi PM

JOHOR BAHRU: Kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2026 supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan segera kerana didakwa mahu cepat menjadi Perdana Menteri.

Mantan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ini kerana Umno berasa parti itu sudah kuat dan berada di puncak ketika ini dan...

Trump, dokumen 9/11,  penglibatan Saudi
DuniaSep 14, 2026 | 3:09 PM

Trump timbang dedah dokumen 9/11 berkaitan dakwaan penglibatan Saudi

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata beliau akan mempertimbangkan permintaan keluarga mangsa serangan 11 September 2001 supaya lebih banyak rekod pemerintah didedahkan, termasuk dokumen yang didakwa boleh menjelaskan kemungkinan kaitan individu Arab Saudi dengan pelaku serangan itu.

Encik Trump membuat kenyataan tersebut pada 13 September ketika ditanya wartawan di Ireland sebelum berlepas pulang ke Amerika Syarikat.

Gaji menteri naik: kenapa sekarang?
Play Video

BH anjur podcast bincang isu ‘grooming’, keselamatan kanak-kanak
Play Video

‘Bang Bang Sauce’ Ministry of Spud kegilaan ramai anak muda
Play Video

Masuk Dunia Jumanji & Bergambar Bersama Selebriti di Madame Tussauds
Play Video

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video