JAKARTA: Operasi mencari lapan orang, termasuk lima wartawan, yang hilang selepas bot laju dinaiki mereka terputus hubungan berhampiran Gunung Anak Krakatau diperluas pada 14 September, ketika usaha mencari memasuki hari ketujuh.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengerahkan 18 kapal, sebuah helikopter dan dron bagi menyisir kawasan seluas 6,649 batu nautika persegi di perairan Selat Sunda, Banten.





