JOHOR BAHRU: Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa serangan sekumpulan anjing liar di Kampung Tambak, Batu Pahat, pada 5 September, dijangka menjalani pembedahan plastik di bahagian kepala dan muka dalam masa terdekat.
Mangsa, Nur Haira Wafiqah Mohammad Hamizi, dua tahun, kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, selepas mengalami kecederaan parah akibat serangan lima ekor anjing liar.





