SHAH ALAM (Selangor): Penjawat awam merupakan kumpulan paling ramai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkaitan siasatan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh antara 2018 hingga 2022.
Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, berkata daripada 314 tangkapan yang dilakukan sepanjang tempoh itu, sejumlah 170 daripadanya adalah penjawat awam.





