YAYASAN Keluarga Karim, yang ditubuhkan oleh keluarga Encik Bachtiar Karim dan Cik Dewi Sukwanto, telah memberikan sumbangan sebanyak $2 juta bagi menubuhkan Biasiswa Yayasan Keluarga Karim di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Sumbangan tersebut, yang diberikan dalam satu majlis penyerahan cek pada Isnin di SMU, merupakan sumbangan terbesar daripada alumni kepada SMU, iaitu oleh Cik Cindy Karim dan Encik Chayadi Karim...





