NEW YORK: Ketegangan yang kian memuncak di Timur Tengah bakal mendominasi tumpuan hampir 130 pemimpin dunia yang berhimpun di New York minggu ini sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pertikaian antara Iran dengan Amerika Syarikat serta konflik berterusan di Yaman kini mencetuskan kebimbangan mendalam terhadap risiko meletusnya perang serantau yang lebih luas.





