MELAKA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi menegur parti politik untuk tidak menggunakan isu perkauman bagi menarik sokongan dan ia patut dihentikan selepas 69 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Beliau berkata keadaan itu bukan perkara baharu dalam politik Malaysia, apabila perselisihan dan serang-menyerang akhirnya menyebabkan isu kaum digunakan, terutama apabila ada pihak berada dalam keadaan terdesak.





