Warisan kulinari Melayu menjadi tumpuan program sehari di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 19 September, yang menghimpunkan penggiat kulinari, peniaga dan anggota masyarakat menerusi pelbagai kegiatan berkaitan makanan dan budaya.
Bertema, ‘Meraikan Warisan Kulinari’, Hikayat Cita Rasa 2026 menampilkan lawatan warisan makanan, demonstrasi membuat kuih tradisional serta sesi perkongsian bersama tokoh kulinari seperti Cef Siti Mastura Alwi dan Cik Aziza...





