Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya, Selangor, yang juga merupakan seorang penyanyi ‘rap’, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih mesra dikenali sebagai Altimet mendedahkan beliau mempunyai lebih 100 lagu dalam ‘arkibnya’ yang masih tidak dikeluarkan untuk didengari khalayak ramai.
Altimet turut tidak menolak kemungkinan, untuk mengeluarkan lagu itu kepada umum mengikut kesesuaian.





