Mantan Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Faisal Manap, kini membuka lembaran baharu, dalam kerjaya sebagai ejen hartanah bersama agensi ERA Singapore.
Anggota Parti Pekerja (WP) itu berkata beliau memutuskan untuk menceburi kerjaya dalam bidang hartanah kerana melihatnya sebagai satu lagi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat.





