SATU garis pandu untuk menggalakkan masyarakat Singapura agar bergerak lebih aktif telah dilancarkan semalam.
Garis Pandu Aktiviti Fizikal Singapura (SPAG) yang disusun semula oleh Sport Singapore (SportSG) dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) itu diharap dapat menggalakkan pelbagai aktiviti fizikal dan mengurangkan tingkah laku sedentari (kurang bergerak) bagi semua peringkat usia, dengan cadangan terperinci tentang tempoh, intensiti, kekerapan dan jenis aktiviti...





