Masyarakat Melayu/Islam yang memerlukan bantuan atau nasihat berkaitan dengan hal seperti pekerjaan dan pendidikan, kini lebih mudah berbuat demikian dengan kehadiran 30 penasihat penjagaan di lima pusat satelit Yayasan Mendaki seperti di Jurong, Pasir Ris dan Choa Chu Kang di samping tiga ruang belia di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Antara skop peranan penasihat penjagaan ialah untuk memastikan masyarakat mendapat...





