Bekas Menteri Pendidikan Indonesia merangkap pengasas bersama Gojek, Encik Nadiem Makarim (tengah), bersama penyokongnya selepas perbicaraan rayuan kes rasuah perolehan komputer riba di Mahkamah Jakarta Pusat, Indonesia, pada 24 September 2026. Mahkamah mengurangkan hukuman penjaranya daripada 10 tahun kepada sembilan tahun serta jumlah wang ganti rugi yang perlu dibayar daripada 809 bilion rupiah kepada 548 bilion rupiah. Encik Nadiem melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan itu dan berhasrat mengemukakan rayuan lanjut kepada Mahkamah Agung Indonesia.
DuniaSep 24, 2026 | 5:24 PM

Hukuman penjara pengasas Gojek Indonesia dikurangkan kepada sembilan tahun

JAKARTA: Sebuah mahkamah Indonesia mengurangkan hukuman penjara pengasas Gojek dan bekas Menteri Pendidikan, Encik Nadiem Makarim, daripada 10 tahun kepada sembilan tahun dalam keputusan rayuan berhubung kes rasuah perolehan komputer riba untuk sekolah, pada 24 September.

Encik Nadiem sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun pada Jun selepas mahkamah mendapati beliau bersalah menyalahgunakan kuasa dalam urusan perolehan komputer riba Google...

Keadaan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Bukit Panjang, di mana 71 kucing yang ditinggalkan terpaksa bertahan hidup selama hampir dua tahun.
SingapuraSep 24, 2026 | 6:43 PM

Lelaki dijel sebab tinggalkan 71 kucing di flat selama 2 tahun, 9 ditemui mati

Seorang lelaki berusia 37 tahun yang meninggalkan 71 kucing di sebuah flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang kotor dan mempunyai pengudaraan yang teruk, tanpa bekalan elektrik atau air selama hampir dua tahun sehingga menyebabkan sembilan kucing mati, dijatuhi hukuman penjara selama 16 minggu pada 23 September.

Lelaki itu turut dilarang daripada memiliki haiwan peliharaan selama 12 bulan, menurut Lembaga...

AI bas, SBS Transit, jarak masa bas
SingapuraSep 24, 2026 | 6:39 PM

SBS Transit guna alat AI pantau jarak masa bas mulai suku kedua 2027

SBS Transit tidak lama lagi akan menggunakan pembantu kecerdasan buatan (AI) untuk menangani gangguan jarak masa antara bas, apabila dua atau lebih bas di laluan sama tiba hampir serentak.

Alat AI yang dikenali sebagai FlowOS itu kini diuji pada bas 70 dan 145.

Pemain pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin (jersi nombor 21), dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua daripada pengadil Oman, Qasim Matar Ali Al-Hatmi. Pemain Singapura mempertikaikan keputusan pengadil yang akhirnya berlaku pertelingkahan antara kedua-dua pasukan. Indonesia menang 4-2 selepas masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF antara Singapura dengan Indonesia di Stadium Nasional pada 25 Disember 2021.
SukanSep 24, 2026 | 6:22 PM

Warna-warni pertembungan bola sepak S’pura-Indonesia

Piala Merlion 1983:

Pada edisi kedua Piala Merlion (1983), Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan bawah 23 tahun, Brunei, dan Indonesia.

Dana Niaga, Berdikari Johor,  sijil halal, Mainj
MalaysiaSep 24, 2026 | 6:05 PM

Penerima Dana Niaga, Berdikari Johor perlu dapat sijil halal

JOHOR BAHRU: Penerima bantuan Dana Niaga dan Berdikari yang menjalankan perniagaan berkaitan diwajibkan mendapatkan pensijilan halal sebagai sebahagian daripada usaha Johor memperkukuh ekosistem halal negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Encik Mohd Fared Mohd Khalid, berkata skop bantuan turut diperluaskan bagi merangkumi keperluan mendapatkan pensijilan halal dan tidak lagi terhad kepada penyediaan peralatan perniagaan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim (melambai) kesal apabila pertikaian mengenai takhta Yang di-Pertuan Besar digambarkan sebagai pertentangan antara Kerajaan Negeri dengan Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
MalaysiaSep 24, 2026 | 5:51 PM

Anwar: Cubaan penurunan takhta biadab dan tidak bertamadun

HANGZHOU (China): Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan cubaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sebagai biadab dan tidak bertamadun.

Perdana Menteri menegaskan, tiada mana-mana pihak dalam pentadbiran negeri mempunyai kuasa atau mandat untuk bertindak sedemikian.

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video