HARAPAN pesilat Singapura, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, untuk menggenggam pingat emas dalam Sukan SEA akhirnya terkabul di Gimnasium Bac Tu Liem dekat Hanoi, Vietnam, semalam.
Iqbal, 28 tahun, menewaskan pesilat Thailand, Ilyas Sadara, untuk merangkul emas dalam final seni tunggal putera. Pingat emas itu juga adalah yang pertama dari atlet Singapura di temasya Sukan SEA Hanoi ini.






