Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang mengkaji semula skim yang membolehkan flat tiga bilik atau lebih kecil digabungkan menjadi unit ‘jumbo’, selepas penawaran sebuah flat sedemikian di Telok Blangah mencecah $2.18 juta.
Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), HDB menyatakan pihaknya memahami kebimbangan orang ramai mengenai iklan flat itu dan pihak berkuasa bertekad memastikan perumahan awam berpatutan dan mudah diperoleh.




