SIASAT SERANGAN: Anggota pasukan bom Thailand memeriksa kereta yang rosak selepas serangan oleh kumpulan pemisah di sebuah balai polis marin di daerah Tak Bai di Narathiwat di selatan negara itu. - Foto AFP
DuniaMay 28, 2022 | 5:30 AM

3 cedera dek serpihan bom di Thailand

NARATHIWAT (Thailand): Seorang askar dan dua sukarelawan pertahanan Thailand cedera apabila sekumpulan pemisah melepaskan tembakan dan melemparkan bom paip ke sebuah balai polis marin di wilayah Narathiwat pada Rabu malam (25 Mei), kata pihak polis negara itu.

Serangan ke atas Balai Polis Marin Tak Bai di Tambon Jeh He daerah Tak Bai berlaku sekitar 9.30 malam.

Pengasas Kaveman Productions Pte. Ltd, Encik Khairul Anuar Ibrahim, 40 tahun, berkongsi beliau mula menjadi usahawan dalam bidang produksi media dengan niat untuk memberi kesan baik kepada orang lain, khususnya kliennya, dengan melaksanakan perniagaan yang penuh nilai kemanusiaan.
SingapuraNov 11, 2026 | 2:00 PM

Usahawan pentingkan nilai manusiawi dalam berniaga, terima anugerah selepas hampir dua dekad

Selama hampir 20 tahun menerajui syarikat media penerbitan sendiri, pengasas Kaveman Productions Pte. Ltd, Encik Khairul Anuar Ibrahim sering ‘berselindung’ di belakang takbir.

Hal itu bukanlah berpucuk daripada sifat sombong atau malu, tetapi, daripada ketekunannya dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi dalam menghasilkan karya yang baik buat kliennya.

Seorang wanita memegang sepanduk memaparkan gambar pemimpin pembangkang berhaluan kanan Israel, Avigdor Liberman (kiri), dan pemimpin parti Arab Israel, Ra’am, Mansour Abbas, dengan tulisan bahasa Ibrani yang bermaksud “Liberman, jangan bersekongkol dengan pengganas”, ketika tunjuk perasaan di luar Parlimen Israel (Knesset) di Baitulmakdis pada 10 November 2026. Penunjuk perasaan berhaluan kanan membantah penyertaan parti Arab dalam pemerintah baharu, ketika rekod 19 wakil rakyat Arab mengangkat sumpah dan pemimpin pembangkang, Gadi Eisenkot, berusaha membentuk pemerintah bagi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu
DuniaNov 11, 2026 | 1:29 PM

Rekod 19 wakil rakyat Arab angkat sumpah di Parlimen Israel

BAITULMAKDIS: Seramai 19 ahli politik Arab, jumlah tertinggi dalam sejarah Israel, mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen baharu negara itu pada 10 November, meskipun berdepan bantahan keras golongan pelampau kanan yang cuba menghalang majlis tersebut.

Majlis pembukaan Parlimen Israel, atau Knesset, berlangsung dalam suasana tegang apabila penyokong Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berhimpun di luar bangunan Parlimen, manakala pertengkaran tercetus antara ahli...

Penunjuk perasaan membakar tayar dan menyalakan api di tengah jalan raya di Bangladesh bagi menyekat lalu lintas ketika penyokong bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, mengadakan bantahan menuntut beliau dibenarkan pulang dari India. Polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan susulan keganasan yang tercetus di beberapa kawasan negara itu.
DuniaNov 11, 2026 | 12:58 PM

Keganasan tercetus di Bangladesh ketika penyokong bekas PM Hasina tunjuk perasaan

DHAKA: Bangladesh kembali dilanda keganasan apabila penyokong bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara bagi menuntut beliau dibenarkan pulang selepas lebih dua tahun hidup dalam buangan di India.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan, manakala beberapa kenderaan dibakar dan jalan raya utama disekat dalam pertempuran antara penyokong Hasina dengan pasukan...

Peluru berpandu Iran dipamerkan di Muzium Angkatan Aeroangkasa Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) di Teheran pada 4 November 2026. Amerika Syarikat memberi isyarat tidak akan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran buat masa ini, ketika usaha diplomatik untuk menamatkan perang selama lapan bulan semakin giat dan Tehran mendesak Washington memenuhi syarat bagi membuka semula Selat Hormuz.
DuniaNov 11, 2026 | 12:44 PM

Pentadbiran Trump ubah pendirian, tiada keperluan operasi ketenteraan terhadap Iran 

TEHERAN: Amerika Syarikat (tidak melihat keperluan melancarkan serangan besar-besaran terhadap Iran buat masa ini kerana tekanan ekonomi yang dikenakan terhadap Teheran sudah cukup untuk melemahkan negara itu, kata Setiausaha Negara Amerika, Encik Marco Rubio.

Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik untuk menamatkan perang yang berlarutan sejak lapan bulan lalu semakin giat, dengan Iran terus mendesak Washington menerima syaratnya bagi membuka...

Golongan muda dengan autisme membuat biskut di Crunchy Teeth, sebuah kedai roti perusahaan sosial yang menyediakan program latihan industri untuk golongan muda dan dewasa autistik.
SingapuraNov 10, 2026 | 9:32 PM

Lebih banyak sokongan kewangan bagi majikan untuk ambil pekerja kurang upaya

Majikan di Singapura yang menggajikan golongan kurang upaya akan menerima lebih banyak bantuan kewangan, termasuk melalui peningkatan subsidi gaji dan geran baru bernilai $30 juta bagi menggalak amalan pengambilan pekerja yang lebih inklusif.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata pemerintah akan memperuntukkan sekitar $30 juta bagi geran tambahan yang dikenali sebagai Geran Pemerkasaan Pekerjaan(EEG) Sokongan Dipertingkat (S-EEG).

Kuota haji 900 tempat disahkan bagi S’pura untuk 2027
Play Video

Bermula dengan secawan kopi, empat sahabat buka kafe sendiri
Play Video

Takkan bosan di Busan: 4 tempat dan pengalaman menarik
Play Video

Santunan Emas diperluas ke empat lagi masjid
Play Video

Dari Pulau Semakau ke Terumbu, cita rasa Orang Laut terus diwarisi
Play Video