SEKITAR 50 pekerja migran berbuka puasa di Tuas View Dormitory semalam dalam satu majlis yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Berita Harian (BH).
Acara itu dihadiri tetamu terhormat, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.





