MANCHESTER: Erik ten Hag akan meninggalkan Ajax untuk menjadi pengurus Manchester United musim depan, demikian diumumkan kelab gergasi England itu pada Khamis (21 April). "Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Erik ten Hag sebagai pengurus pasukan utama lelaki, tertakluk kepada keperluan visa kerja, dari akhir musim ini hingga Jun 2025, dengan pilihan melanjutkan kontrak selama satu tahun lagi," kata United...





