Singapura akan diwakili 427 atlet dalam 33 sukan di edisi ke-31 Sukan SEA di Hanoi, Vietnam, bulan depan, yang ditunda daripada tarikh asal iaitu Disember 2021, akibat pandemik Covid-19.
Jumlah ini kurang daripada 476 atlet yang diumumkan Majlis Kebangsaan Olimpik Singapura (SNOC) sebelumnya pada awal Mac lalu. Senarai itu termasuk atlet yang dinamakan Persatuan Sukan Nasional (NSA) namun belum dipilih...





