Diskaun ini sah bagi telur dan ayam beku terpilih, dan pelanggan boleh membeli sehingga dua unit bagi setiap produk.
MasyarakatOct 1, 2026 | 2:33 PM

Harga ayam, telur lebih murah di pasar raya FairPrice sehingga 31 Dis

Sehingga 31 Disember, pengguna boleh membeli produk ayam dan telur terpilih pada harga yang lebih rendah di lebih 100 pasar raya FairPrice.

Dalam kenyataan akhbar pada 1 Oktober, Kumpulan FairPrice berkata ia juga melanjutkan diskaun ke atas buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih sehingga akhir 2026, memberikan pelanggan lebih banyak penjimatan bagi keperluan dapur mereka.

Jeneral Listyo Sigit Prabowo tiba di Istana Presiden di Jakarta pada 1 Oktober 2026 bersama isterinya, menjelang pelantikannya sebagai Ketua Staf Presiden. Beliau digantikan Encik Suyudi Ario Seto sebagai Ketua Polis Negara Indonesia dalam rombakan terbaru pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
DuniaOct 1, 2026 | 3:19 PM

Prabowo ganti ketua polis Indonesia dengan ketua agensi antidadah

JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, menggantikan Ketua Polis Negara, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, dengan ketua agensi antidadah negara, Pesuruhjaya Jeneral Suyudi Ario Seto, selepas berminggu-minggu spekulasi mengenai perubahan pucuk pimpinan pasukan polis.

Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada 1 Oktober meluluskan pelantikan Encik Suyudi sebagai Ketua Polis Negara yang baru dalam sidang pleno, selepas pencalonannya terlebih dahulu mendapat sokongan sebulat...

Langkah ini akan memberikan Temasek akses yang lebih luas kepada peluang di Asia Tengah dan Afrika, katanya.
EkonomiOct 1, 2026 | 3:11 PM

Temasek rancang buka pejabat di Riyadh, Abu Dhabi pada 2027 bagi perkukuh usaha di Timur Tengah

Temasek merancang membuka pejabat di Riyadh dan Abu Dhabi pada separuh pertama 2027, menandakan kehadiran fizikal pertamanya di Timur Tengah ketika ia giat memperdalam pendedahannya kepada rantau ini.

Pejabat tersebut, tertakluk kepada kelulusan berkanun, akan berfungsi sebagai “hab strategik” untuk syarikat pelaburan itu dan syarikat portfolionya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (kiri), ketika melawat rumah pam Sungai Chat di Johor Bahru.
MalaysiaOct 1, 2026 | 3:10 PM

Saliran JB masih tidak mampu tampung hujan lebat serentak air pasang meski belanja RM100j

JOHOR BAHRU: Infrastruktur saliran dan tebatan banjir Johor Bahru masih belum mampu menampung sepenuhnya hujan berintensiti tinggi yang berlaku serentak dengan air pasang besar, meskipun RM100 juta ($31 juta) telah dibelanjakan bagi kerja berkaitan sepanjang 2023 hingga 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata kejadian banjir kilat pada 30 September menunjukkan keperluan menilai...

pelaburan kesihatan swasta
MalaysiaOct 1, 2026 | 2:54 PM

Pelaburan kesihatan swasta buka peluang pekerjaan anak muda Johor

JOHOR BAHRU: Pertumbuhan sektor kesihatan swasta di Johor berpotensi membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti kepada anak muda, dengan institusi pendidikan dan latihan perlu memastikan mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain, berkata peluang itu meliputi pelbagai bidang, daripada perubatan dan kejururawatan hingga teknologi maklumat, pentadbiran serta perkhidmatan sokongan.

Anggaran awal yang diterbitkan pada 1 Oktober menunjukkan harga jualan semula Flat HDB merosot sebanyak 0.2 peratus.
PerumahanOct 1, 2026 | 2:46 PM

Harga jualan semula HDB susut suku ketiga berturut-turut, meski tempoh tunggu 15 bulan ditarik balik

Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) susut bagi suku ketiga berturut-turut, di sebalik penarikan balik langkah penyejukan ke atas pemilik hartanah swasta yang turun taraf dengan membeli flat berkenaan.

Anggaran awal yang diterbitkan pada 1 Oktober menunjukkan harga jualan semula HDB susut sebanyak 0.2 peratus. Harga turun 0.1 peratus pada suku pertama – kali pertama dalam masa...

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video