JAKARTA: Polis Indonesia menahan kapten sebuah feri penumpang yang karam di Laut Jawa pada September lalu, mengorbankan hampir 80 orang, kata jurucakap polis pada 1 Oktober.
Jurucakap Polis Nasional Indonesia, Encik Trunoyudo Wisnu Andiko, berkata kapten feri itu ditahan ketika operasi mencari mangsa memasuki minggu ketiga.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai penahanan itu atau kemungkinan pertuduhan yang akan...




