Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), bersama Putera Mahkota Brunei, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, menerokai kepelbagaian hidupan marin yang terdapat di Singapore Oceanarium di Sentosa pada 1 Oktober.
SingapuraOct 2, 2026 | 7:10 PM

PM Wong: Hubungan istimewa S’pura-Brunei berteras ikatan peribadi kukuh

Singapura dan Brunei mempunyai hubungan istimewa berteraskan ikatan peribadi kukuh yang telah terjalin sejak sekian lama, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Dalam satu hantaran di Facebook pada 2 Oktober, Encik Wong berkata beliau telah meraikan Putera Mahkota Brunei, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, dalam satu jamuan makan malam di Singapore Oceanarium di...

bungkusan misteri, Yishun, gangguan
Mata-mataOct 2, 2026 | 7:17 PM

Salah alamat atau gangguan?: Penduduk Yishun terima tiga bungkusan misteri

Siri bungkusan misteri yang dihantar ke rumah seorang penduduk Yishun menimbulkan persoalan sama ada ia sekadar kesilapan penghantaran atau sebahagian daripada satu kes gangguan yang lebih meluas.

Penduduk itu, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ridzwan, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa apabila menerima bungkusan pertama yang dialamatkan kepada seorang individu bernama Melayu yang tidak dikenalinya, namun menggunakan alamat rumahnya.

Encik Bhargav Sriganesh, yang sedang memegang peranti tablet dengan aplikasi Berita Harian (BH), turut mengamalkan tabiat membaca akhbar ini untuk membina kosa kata.
PandanganOct 2, 2026 | 7:04 PM

Daripada keperluan semasa, hingga terpaut pada keindahan bahasa Melayu

Perjalanan saya untuk belajar bahasa Melayu bermula pada Jun 2021.

Ia adalah satu keperluan untuk saya belajar bahasa Melayu sebelum saya memulakan tugas di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

Depoh LRT Sengkang-Punggol (SPLRT) sedang menjalani kerja naik taraf bagi menyediakan lebih banyak ruang untuk bilangan kenderaan LRT lebih besar demi memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat.
SingapuraOct 2, 2026 | 6:56 PM

Laluan LRT Sengkang West kembali operasi 4 Okt

Perkhidmatan laluan LRT Sengkang West kembali beroperasi sepenuhnya pada 4 Oktober – dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

Ini menyusuli penutupan gelung dalam (inner loop) selama enam bulan bagi kerja naik taraf di depoh LRT Sengkang-Punggol (SPLRT).

Sebuah kereta api yang bakal digunakan untuk Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura di Bukit Chagar pada 18 Ogos.
SingapuraOct 2, 2026 | 6:33 PM

Pembukaan RTS Link Johor Bahru-S’pura ditunda dari Dis 2026 ke Feb 2027

Pembukaan Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura akan ditunda ke Februari 2027, menurut pengendali perkhidmatan itu, RTS Operations (RTSO) dalam satu kenyataan pada 2 Oktober.

RTSO memaklumkan bahawa semua ujian sistem dan ujian percubaan dijangka selesai menjelang 31 Disember sebelum proses penilaian keselamatan pihak ketiga dan kelulusan pihak berkuasa dijalankan.

Tiga peserta telah dipilih bagi Program Pensijilan Seni (ACP), Yayasan Warisan Melayu (MHF), Malang, Indonesia, Residensi Pembuatan Topeng, Cik Amirah Haziqah Abu Bakar, Cik Maryam Tayeb dan Cik Chia Zalina
SingapuraOct 2, 2026 | 6:15 PM

Tiga peserta terpilih jalani residensi buat Topeng Malangan di Indonesia

Tiga peserta telah dipilih bagi Program Pensijilan Seni (ACP) kendalian Yayasan Warisan Melayu (MHF) dan akan berangkat ke Malang, Indonesia, pada 5 Oktober untuk menjalani program Residensi Pembuatan Topeng.

Mereka terdiri daripada Cik Amirah Haziqah Abu Bakar, Cik Maryam Tayeb dan Cik Chia Zalina.

Singa buru kemenangan dalam pertemuan dengan M'sia
Play Video

Wajah baharu Galeri Sejarah Singapura angkat warisan Orang Laut
Play Video

Skuad Singa sedia berdepan Indonesia
Play Video

S’pura, 3 negara lain calonkan tarian zapin sebagai warisan Unesco
Play Video

Ikuti liputan Piala Asean Fifa oleh BH dari Indonesia
Play Video