APLIKASI Trace Together dan SafeEntry tetap memainkan peranan penting dalam respons Singapura terhadap Covid-19 dan akan terus digunakan sekurang-kurangnya sehingga langkah pengasingan berdasarkan status vaksinasi tidak lagi diperlukan, kata Menteri Negara Kanan bagi Kesihatan, Dr Janil Puthucheary, semalam.
Teknologi ini membolehkan pemeriksaan pengesahan bagi kemasukan ke tempat atau aktiviti di mana langkah sedemikian dilaksanakan, demi melindungi mereka yang belum divaksinasi...





