LVIV/KYIV (Ukraine): Amerika Syarikat sedang bekerjasama dengan Poland dan berunding dengan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengenai kemungkinan membekalkan pesawat perang ke Ukraine untuk digunakan menentang tentera Russia, kata jurucakap Rumah Putih.
Idea itu ditolak beberapa anggota Eropah Timur perikatan itu minggu lalu, namun Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, membuat "rayuan terdesak" bagi pesawat buatan Russia ke negaranya dalam...





