KYIV: Serangan udara oleh Russia pada Rabu (9 Mac) memusnahkan sebuah hospital pediatrik termasuk wad bersalin di bandar pelabuhan Mariupol, Ukraine, yang terkepung. Serangan itu mencederakan sekurang-kurangnya 17 orang. Pentadbiran tentera wilayah Donetsk memberitahu AFP, serangan itu berlaku ketika masih ada pesakit wanita sedang bersalin di hospital yang baru diubah suai itu. Serangan berlaku ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi...





