JEMAAH masjid akan dapat kembali menunaikan solat berjemaah dengan saf yang dirapatkan mulai lusa, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.
Ini sejajar dengan penyelarasan langkah pengurusan selamat Covid-19 yang antara lain menetapkan jarak selamat tidak diperlukan dalam sekitaran di mana pelitup digunakan.





