Berikut ucapan Editor Berita Harian (BH), Encik Nazry Mokhtar, di majlis penyampaian dermasiswa BH-AMP di Auditorium SPH pada 9 Oktober:
“Hari ini merupakan detik bersejarah dan amat bermakna bagi kami di Berita Harian (BH).
Buat julung kalinya, BH menyampaikan dermasiswa pendidikan kepada para pelajar dengan kerjasama AMP Singapura.
Usaha murni ini lahir daripada penganjuran Golf Amal BH-AMP pada Julai tahun...




